3 Mac 2013 - 20:30

Pengganas Sepah-e-Sahaba menyerang pengikut mazhab Syiah yang baru pulang dari menguruskan jenazah mangsa pengeboman kelmarin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengganas Sepah-e-Sahaba melepaskan tembakan terhadap pengikut mazhab Syiah yang baru sahaja pulang dari upacara pengkebumian jenazah 2 mangsa serangan bom di Karachi. Dalam kejadian ini 2 orang terbunuh manakala 15 yang lain terkorban.

Berasaskan laporan ini pengikut mazhab Syiah yang terkorban bernama Karrar Husain bin Tsaqalayn dan Khawar Reza bin Babar.

Mangsa telah mengikuti perarakan jenazah korban serangan bom yang maut pada hari Ahad lalu yang telah mengorbankan 55 pengikut mazhab Syiah dan lebih 150 yang lain cedera.

Menurut pegawai polis, serangan asal disasarkan kepada jemaah solat dalam sebuah Husainiyah, di wilayah Abbas Town.